skip to main | skip to sidebar

About Us

  • AsLiNa
  • Travel log geng bas sekolah
  • areT
  • chenadbzbee
  • myjourney

Our Followers

Archives

  • ▼ 2008 (5)
    • ▼ December (5)
      • Coti-coti MEDAN : The itinerary.....
      • PART 2
      • PART 1
      • Lambat tapi pasti
      • Pengenalan

Travel Log Geng Bas Sekolah

Thursday, December 11, 2008

Coti-coti MEDAN : The itinerary.....

Dari 28-30 November lepas kami semua pergi travel ke Medan. Kami ikut rombongan jabatan pendaftar yang organized by travel agency. Harga pakej RM650 termasuk flight ticket (firefly), penginapan (hotel 4 dan 5 bintang), makan, pengangkutan n bayaran kemasukan.

Berikut nie itinerary percotian:

Day 1 Medan - Parapat (MT, MM). Ketibaan anda di Lapangan Terbang Medan Polonia, disambut oleh wakil kami. Selepas makan tengah hari, bertolak ke Medan melalui jalan ladang dan Tebing Tinggi dan juga Permatang Siantar. Daftar masuk Hotel Niagara di Parapat.

Day 2 Parapat - Samosir Tour - Berastagi (MP, MT, MM). Selepas sarapan pagi anda akan dibawa menaiki bot ke Tasik Toba melalui Pulau Samosir. Melawat perkampungan Batak Tobanese dan melihat keunikan rumah mereka dan merasai cara hidup mereka. Melawat makam purba iaitu, Sidabutar Ambarita. Disini anda boleh melihat kerusi dan meja yang diperbuat daripada batu yang digunakan dalam sidang mahkamah dan juga mesyuarat Raja untuk membincang mengenai perkara penting dalam kerajaan. Selepas makan tengah hari, pada sebelah petang anda akan dibawa melawat ke Berastagi - Permatang Purba. Disini anda akan melawat rumah ketua suku kaum Simalungu Bataks. Seterusnya anda akan dibawa ke air terjun Sipiso-piso, salah satu daripada air terjun yang terkenal semasa pemerintahan Sultan Deli Karo. Bermalam di Grand Mutiara Hotel, makan malam di hotel.

Day 3 Berastagi - Medan (MP) Selepas sarapan pagi. Di Berastagi anda dapat melihat 2 gununga berapi iaitu Mt. Sinabung dan Mt. Sibayak. Dalam perjalanan anda akan dibawa berhenti di pasar buah-buahan. Disini anda boleh merasa keenakan buah-buahan seperti buah Marquisa, Pipah, Brinjar, Pasionate dan Orange. Bertolah ke Medan. Melawat Istana Sultan Deli dan Masjid. Aktiviti sendiri dan anda akan dihantar ke Lapangan Terbang untuk destinasi seterusnya.

Jotted down by NoRMaTSuE at 11:30 AM

3 thoughts:

areT said...

nor....destinasi seterusnya di mana ya?

December 11, 2008 at 5:57 PM
AsLiNa said...

are-t, bulan 2 ni ade lawatan bandung n jakarta..tp memandangkan aku dah agak pokai jd aku x pi kot..

December 26, 2008 at 4:57 PM
Irma said...

Ati.. amboi.. aku lama tak lawat blog ko.. terus kene block dr masuk blog ko yg lg satu tu. Tak nak kasi permission aku visit blog ko dah ker? :)

May 11, 2009 at 3:49 PM

Post a Comment

Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod